Kelas Keusahawanan E-Rezeki dan Advokasi Check Your Label
26 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan E-Rezeki dan Advokasi Check Your Label ini telah diadakan pada hari Ahad, 25 Februari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada program E-Rezeki yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital. Selain itu, dengan menyertai progam ini peserta juga akan mendapat peluang bekerja secara sambilan tidak kira dimana mereka berada dan memperolehi pendapatan tambahan. Para peserta turut mempelajari cara membuat dan menggunakan akaun e-mel untuk program E-Rezeki ini.
Disamping itu, taklimat berkaitan kempen advokasi Check Your Label turut disampaikan bagi mendidik para peserta tentang kepentingan dan cara-cara menyemak label MCMC yang sah sebelum membeli peralatan komunikasi bagi memastikan peralatan tersebut telah menepati piawaian-piawaian yang telah ditetapkan.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag dari 1.00 petang hingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh seramai 6 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: